Selasa, 24 Agustus 2010

HABBATUS SAUDA' BOOSTER

Habbatussauda; merupakan bijirin hitam yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit kecuali mati.Sabda Rasulullah s.a.w"Tetaplah kamu dengan habbatussauda' kerana dengannya mengandungi penawar kecuali maut.
Kajian di dunia mendapati ,habbatussauda merupakan agen anti bakteria yang paling tinggi nilainya.Ia boleh merawat bdan melawan bakteria yang paling jahat di dalam tubuh manusia.
Habbatussauda; Booster ialah minyak Habbatussauda yang telah dicampur cuka epal.Ia dikatakan dapat merawat masalah degupan jantung,asma',keletihan dan seabagai rawatan kecemasan.Habbatussauda' adalah salah satu campuran yang terdapat di dalam JUS QASEH.

Kamis, 19 Agustus 2010

Mengapa Rasul Berkahwin 11 dan Akhir kepada 4

Saya bukan seorang yang profesynal untuk membicarakan hal ini .Namun saya terpanggil dengan sikap segelintir masyarakat yang memperolok Sunnah apatah lagi dalam soal perkahwinan dalam konsep berpoligami.Saya mohon kepada yang lebih berpengetahuan agar membetulkan segala kesalahan saya dan secara tidak langsung ,membetulkan persepsi masyarakat terhadap poligami yang dipandang serong dek kerana perbuatan salahlaku segelintir umat yang menjadikan generasi baru terabai dan diabaikan.
Menyelusuri sirrah Rasul sebenarnya menjadikan kita lebih kagum dengan keunikan akhlaknya dan seterusnya menunjukkan kehebatan Islam itu sendiri di mata dunia.Renungkan bagaimana Allah mentarbiah rasul yang ketika itu berusia sekitar 25 tahun yang tertarik dengan jutawanita berusia 40an dek kerana akhlaknya.Setelah berkahwin,semua hartanya diserahkan kepada rasulullah untuk diurus demi kerana Allah.
Rasulullah tidak berkahwin lain ketika Sayyidatina Khadhijah masih hidup.Ini kerana dari Siti Khadhijah,telah dikurniakan 7 orang anak.Ini bermaksud,seorang muslim yang telah mempunyai anak,apatah lagi melebihi seorang,tidak sepatutnya berpoligami.
Layanan yang begitu santun dari Sayyidatina Khadhijah sudah cukup membuat rasul berasa damai berada di sampingnya terutama apabila turunnya wahyu kali pertama yang menyebabkan nabi begitu ketakutan.Lantas dipujuk oleh Siti Khadhijah dengan kata-kata yang indah.Apakah zaman ini,apabila si isteri tidak dapat memberikan layanan terbaik,maka sang suami mula berubah arah.Ingatlah ketika menjadi sepasang kekasih ,terlontar kata nan indah...andai lautan api,sanggup kurenangi,gunung dan lurah kan kudaki...tiada nasi...pasir ku jamah.Hebat.
Realitinya hanya kaum wanita yang terbeban dan menanggung segala derita lara.Sepakterajang,maki hamun,ugutan dan bermacam sumpah seranah yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar suami.Contohilah rasul dalam segenap hal,jika tidak boleh,janganlah ia dikata Sunnah dek kerana berpoligami dengan anak dara hanya kerana nafsu.
Setelah Siti Khadhijah wafat,barulah rasul berkahwin demi untuk mengangkat martabat para syuhada.Semua isteri poligaminya telah berumur 60-80an.Di mana fikiran anda di ketika itu.Sanggupkah anda sebagai seorang suami yang ingin berpoligami berbuat demikian,kalau adapun kerana harta bukan untuk menyelamatkan maruah seperti yang ditunjuk oleh Rasulullah.Beliau kemudian berkahwin dengan Sayyidatina Aisyah yang ketika itu dalam lingkungan 9 tahun lebih.Namun telah matang berbanding dengan usia remaja sekarang.Rasul mengahwini beliau atas arahan Allah.Umat Islam yang muslim pula berpoligami atas urusan apa.Sehinggakan ramai anak-anak terbiar tidak terdidik kerana sibuk melayan nafsu.Semua urusan pendidikan diserah kepada si isteri hingga mesyuarat PIBG para ibu lebih terkehadapan.Jangan nanti di akhirat terkejut kerana jalan senget sebelah.
Apabila turun perintah Allah agar rasul berpisah dan memilih hanya empat orang isteri sahaja dalam satu masa.Namun ada di antara lelaki muslim yang berpoligami empat,apabila dia tidak menyukai,lalu dilepas dan mencari ganti menjadi empat kembali.Namun,di mana nilai seorang perempuan yang seperti menukar baju sahaja layaknya.Berbanding isteri-isteri Rasul yang diberi ilmu yang cukup ketika bersama Rasulullah saw.Apatah lagi Siti Aisyah yang menjadi ibu kepada kaum muslimin yang menjadi rujukan ilmu.
Cuba anda renungkan.Semua apa yang rasul buat adalah dari perintah Allah demi mencari keredhaanNYA.

Selasa, 03 Agustus 2010

KENALILAH AHLI QARIAH ANDA

Baru-baru ini,Lembaga Zakat Selangor yelah menyampaikanbantuan kepada asnaf dan fakir miskin.Untuk pertengahan tahun ini,Lembaga Zakat Selangor mengeluarkan perbelanjaan defisit tunai lebih 145 juta untuk membantu fakir miskin.Dianggarkan kutipan tahun ini melebihi dari tahun lalu iaitu sebanyak 245 juta ringgit.
Keperihatinan pembayar zakat yang semakin meningkat,membolehkan banyak kerja-kerja kebajikan dapat dilakukan.Terima kaseh kepada pembayar zakat,semoga ALLAH melimpahruahkan rezeki anda untuk maslahat ummah.Setiap ringgit yang anda keluarkan akan dinilai oleh ALLAH tujuh kali ganda dan lebih lagi.Apatah lagi dalam keadaan Ramadhan yang hampir tiba,mereka yang tidak bernasib baik merasa gembira dengan keperihatinan pemimpin.
Terima kaseh kepada Menteri Besar Selangor ,Datuk Khalid Ibrahim kerana sanggup datang menyampaikan sumbangan kepada para asnaf di Daerah Kuala Selangor yang bertempat di masjid jamek Jamiul Hasanah,Batu 10,Tg.Karang.Budi tuan,hanya ALlah yang membalas dan mudah-mudahan Allah pelihara kerajaan Selangor di bawah pimpinan datuk agar ssejahtera mendapat redha Allah dan berlipatganda limpahan rezeki dari Allah jua.
Dalam meraikan mereka yang hadir,masih ada lagi warga yang tidak berkemampuan tertinggal dek kerana kesilapan dalam memilih asnaf yang benar2 dhaif.Menitis air mata mendengar rintihan,namun apakan daya dek kerana mereka adalah anak kariah Sekinchan.Ziarahilah rumah mereka untuk memastikan kelayakan agar tidak menjadi orang yang menzalimi hak orang lain.Wallahuaklam.

Senin, 02 Agustus 2010

FUNGSI GARAM DALAM KEHIDUPAN

Garam merupakan anugerah ALLAH yang tidak ternilai.Garam merupakan ibu lauk-pauk.Tanpa garam,walau mahal mana cara penyediaan makanan tersebut,tidak akan ada nikmatnya.
Namun hari ini,garam dikatakan punca segala penyakit yang bermula dengan darah tinggi.Cuba kita singkap kembali SUNNAH rasul yang sabdanya "BARANGSIAPA YANG MENJILAT GARAM SEBELUM DAN SESUDAH MAKAN,NESCAYA ALLAH AKAN MENGHILANGKAN PADANYA 70 PENYAKIT RAOHANI DAN JASMANI".Hadis ini tidak boleh diperatikai.Namun,terdapat pengamalSUNNAH ini yang mengalami strok.Di mana silapnya.
Sebenarnya sabda rasul itu merujuk kepada GARAM BUKIT atau GARAM GUNUNG HIMALAYA ciptaan ALLAH.Bukan garam yang ada sekarang yang diproses oleh orang yang menentang agama.Apatah lagi garam tersebut dicampur dengan bahan yang menjadikan ia peroi,berkilat dan tidak basah. \Garam diproses mengandungi 99% natrium klorid yang menyerang sel-sel di dalam badan punca kepada pelbagai penyakit.
Garam Gunung Himalaya mengandungi 84% mineral yang diperlukan oleh badan berbanding garam bukit yang sekitar 20%.Anda ingin sihat,pilihlah garam keperluan anda di rumah.Garam ini juga bertindak sebagai Pembasmi racun.Umum lebih mengetahui bahawa persekitaran kita di penuhi lambakan racun,baik padi,sayur dan ikan.Apabila direndam dengan garam tersebut akan mengurangkan kadar racun dan menambah kelazatan pada makanan.
Garam KRISTAL SOLE dari gunung tersebut dapat mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis.Berdasarkan kajian,garam ini apabila dimasukkan ke dalam freezer,ia tidak beku.Ini bermakna ia adalah bahan yang dapat merawat bahagian yang tersekat.Secara tidak langsung akan membaikpulih kesihatan tubuh badan.

MENGURUS KEPINTARAN ANAK.

Anak merupakan anugerah ALLAH.Mereka dikurnia pelbagai keistimewaan yang tidak terjangkau oleh akal manusia.Kepintaran ini terbina sejak di rahim ibu di mana Islam mensyarankan membaca surah tertentu seperti surah Yusuf untuk anak cantik sihat,surah ,Maryam untuk kekuatan iman dan surah Lokman untuk keperibadian mulia.Di samping surah lain yang terus diamalkan.
Namun begitu,kita tidaklah boleh mengharap ini sudah mencukupi bagi anak melayari gelombang kehidupan.Cara pendidikan anak zaman dahulu dan sekarang juga berbeza di mana anak sekarang lebih agresif.Pendekatan secara psykologi dan kerohanian lebih mudah berbanding kekerasan.
Pendidikan kerohanian lebih kepada cara pemakanan yang halal lagi baik seperti yang ALLAH seru dalam Suratul Baqarah ayat 168.Wahai manusia,makanlah apa yang dikurnia Allah di muka bumi ini yang halal lagi baik.Dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan,kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.Disebut juga dalam satu pepatah Arab,Aku adalah apa yang aku makan.Ini bermaksud makanan itu akan mencanai keperibadian seseorang.Lagi perihatin seseorang itu tentang makanan yang halal,lagi baiklah akhlaknya.InsyaALLAH.
Persekitaran tidak banyak dapat mengubah halatuju anak pintar apabila makanan yang dimakan dibuat dari tangan yang mengucap dua kalimah syahadah.Lihatlah contoh yang ALLAH tamsilkan pada ikan yang hidup di air yang masin.Tidak masin dek persekitaran yang masin.Namun apabila mati, ia akan masin apabila diletakkan garam dari tempat yang sama.Begitulah anak-anak yang diasuh dari kecil tentang persekitaran dan makanan yang baik serta didikan agama yang asas yang semuanya bermula di rumah yang mendirikan agama.

Minggu, 01 Agustus 2010

TIP UNTUK ANAK PINTAR SOLEH.

Kita sering terlupa bahawa sebenarnya anak yang lahir itu suci dan pintar.Cuba anda amati bayi yang baru lahir.Siapa yang mengajarnya menangis,buang air kecil dan besar,menyusu,meniarap,merangkak,bertatih,berjalan dan pelbagai.Ini menunjukkan anak yang lahir itu telah hebat kerana ALLAH MAHA HEBAT.Lalu ALLAH perintahkan pula agar menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu.Bukan dengan susu lembu.Mengapa 2 tahun.Menurut kajian,anak yang disusukan selama tempoh tersebut mempunyai kehebatan dari segi spiritual dan jasmani.Jika tidak mampu,amalkan secara ganjil penyusuan seperti 7 bulan,11 bulan ,yang penting ganjil.Memang sukar tapi boleh.Hendak seribu usaha.

Saya ketika di wad bersalin satu ketika dulu tidak menyediakan susu lembu untuk bayi yang bakal dilahirkan tetapi membekalkan madu apabila bayi lapar.Pelik!!!!!.Itulah kenyataan dan itulah hasil yang menjadikan pengharapan yang baik untuk anak-anak.Apatah lagi bagi seorang yang bernama ibu kena sentiasa melihat anaknya hebat dan mendoakan anak dalam posisi tersendiri mengikut kriteria anak.Percakapan ibu adalah mujarab kerana tiada pendinding antaranya dengan ALLAH.
Alangkah hebatnya andai anda sebagai ibu dapat mentahnik anak yang dilahir dengan madu atau jus kurma yang berkhasiat tinggi.Simboliknya agar anak mempunyai akhlak yang baik,pintar dan manis percakapan semanis madu yang menjadi penawar.Bukan air gula yang memudaratkan kesihatan dan kelakuan.
Kembalilah kepada keredhaan ALLAH.ALLAH MAHA LUAS pengampunanNYA.ALLAH tidak mengharap balasan dan tidak pernah kurang sifat RAHMANNYA.

TIP UNTUK ANAK SOLEH-PINTAR

Bagi para remaja yang belum atau telah melangsungkan perkahwianan,anda perlulah menjaga imej dan keterampilan diri agar dipandang manis dan sopan.Ini bakal diwarisi oleh anak yang bakal lahir.Lihatlah bagaimana sahabiah zaman khulafa Arrasyidin pernah berkata ketika ditanya"Bagaimana seorang bapa melahirkan pemimpin,lalu dijawab,ia melakukan hal yang baik selama 40 tahun sebelum berkahwin.
Solat taubah,hajat dan istikharah hendaklah selalu diamalkan di malam hari agar Allah sentiasa memberi petunjuk ke arah kebaikan.Pilihlah makanan yang tidak diragui halalnya agar benih yang tumbuh pada diri dan zuriat mudah dilentur.Banyakkan membuat amalan sunnah baik ibadah mahupun pemakanan.Perlu diketahui bahawa dengan makan amalan pemakanan SUNNAH dapat membersihkan hati dan jiwa dari sifat-sifat mazmumah.
Kita sering mendengar kes sosial remaja Melayu-Islam yang cukup tragis seperti buang anak,sumbang mahram dan pelbagai gejala sosial.Semua ini kerana ketika remaja dahulu,masyarakat tidak dididik untuk pelihara diri dari perkara subhat.Pemakanan yang subhah banyak mendorong masyarakat berjiwa rendah dan kurang perihatin.Oleh itu wahai para remaja,andai anda ingin anak yang soleh,maka jagalah akhlak dan pemakanan.Untuk mendapat anak pintar,amalkan pemakanan SUNNAH.QASEH merupakan ciri2 produk SUNNAH yang lengkap kerana di dalamnya mengandungi air zamzam,madu,kurma,buah tiin,zaitun,habbatussauda' dan zafran yang merangkumi kesihatan tubuh badan fizikal dan rohani,spitual dan emosianal.
Fiman Allah dalam Hadith Qudsy"AKU adalah Ganjil,Aku suka yang ganjil dan Aku mahu hambaku melakukan yang Ganjil.
Apa yang dimaksudkan yang Ganjil bilamana kita melakukan kebaikan dalam keadaan majoriti membuat kemungkaran.73 golongan hanya 1 golongan yang ke syurga tanpa perhitungan.Mengamalkan SUNNAH RASUL dalam keadaan orangramai mencela atau mengelak.Ingatlah wahai remaja dan belia,engkau adalah bidadari di tengah gelanggang remajamu.Engkau adalah aulia di tengah masyarakat warga emas yang terpimpin keranamu anak muda yang hebat setelahmana engkau pelihara diri dan akhlakmu dari noda dan dosa.Semoga generasi yang lahir darimu menjadi generasi terpintar soleh.

BAGAIMANA MEMBENTUK ANAK PINTAR

AIR MINERAL

Badan kita mengandungi 75% air.Untuk badan yang kekal sihat,memerlukan air yang sihat.Air mineral merupakan air yang sihat.Ia mengandungi air yang bersifat alkali lemah untuk mengimbangi kesihatan kita seharian .Ini kerana kita seringkali mengambil bahan-bahan yang bersifat asid.Contohnya daging dan ikan.
Apatah lagi sekarang kita sentiasa terdedah 95% bahan beracun seperti pencemaran air,udara dan makanan.Air yang tidak bertapis yang kebanyakan digunakan di rumah-rumah awam mengandungi lebih dari 12 jenis racun yang memudaratkan dari segi kesihatan.Oleh itu,anda dinasihat menggunakan water filter bagi mendapatkan air yang beralkali lemah.
Banyak produk water filter di pasaran yang memeningkan kepala pengguna.Namun di sini saya mencadangkan agar anda berfikir dengan bijak sebelum membeli.Lihatlah dari segi kualiti,kos pembayaran dan kos penyelanggaraan sebelum membuat pilihan.
Di ANA EDAR,syarikat memberikan nilai kualiti yang baik bagi WATER FILTER dengan nilai RM tidak patut.Air mineral ANA terus mengalir dari paip di rumah tanpa menggunakan elektrik.Ia mengandungi 7.5-8.5 ph yang baik untuk kesihatan.Anda mempunyai 2 pilihan samada ingin memiliki water filter RM899(mengandungi 7 katrij/alkali booster)@ RM699 (mengandungi 5 katrij/7.5 ph air mineral).penyelenggaraannya cukup mudah dan murah sekitar RM160-RM260 setahun.
Jangan biarkan buah pinggang anda terbeban dengan bahan beracun terutama 3K iaitu
Klorin,Kuman dan Karat.Sayangilah buahpinggang anda sebelum ia rosak.Waterfilter boleh ditukar tapi buahpinggang tiada di pasaran.