Minggu, 05 September 2010

JELAJAH EHSAN UMMAH

Pada tanggal 05/09/2010,sekali lagi Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 dikunjungi oleh Badan Kebajikan PAS Selangor yang dipimpin oleh saudara sebagai wakil Pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Hassan Ali yang tidak dapat hadir kerana beliau kini berada di Pakistan untuk urusan bantuan.Terima kasih kepada kerajaan Selangor kerana perihatin nasib rakyat.
Ustaz Judi,merangkap pemangku Yang Dipertua yang memberi ucapan serba ringkas menyarankan agar ketua kampung dan wakil kerajaan negeri agar lebih perihatin dengan kebajikan anak qariah.Ini adalah amanah yang dipesan oleh Dato Hassan Ali agar pemimpin turun padang merasai degup jantung rakyat.Mengharung bersama perih getir dan lara rakyat yang tidak bernasib baik.Juga tidak ketinggalan kepada dato' sidang Batu 10 yang banyak membantu ahli qariah.Semoga anda semua ditempat dengan para syuhada dan solihin.Amin.
Buat semua warga dewan ulama,pemuda dan dewan muslimat baik yang hadir ataupun tidak,semoga sentiasa berganding bahu dalam menyemarakkan dakwah dan kebajikan dalam apa jua situasi agar rakyat berasa bertuah berada di bawah lembayung kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Selangor.Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut AidilFitri.Maaf seandai ada terlanjur kata tersalah bicara.Moga Syawal ini menjadikan kita orang yang tunduk dan tawaddhuk kepada Allah SWT.Amin.