Senin, 22 Agustus 2011

PENAWAR SEGALA PENYAKIT

Manusia yang dilahirkan ke dunia hampir 99% sihat wal'afiat cukup dengan sifat yang Allah sebut sebaik-baik kejadian sehingga manusia dilantik untuk mentadbir bumi.Hanya 1% adalah ujian yang datang dari kesilapan manusia,samada dari segi pengambilan perubatan atau kelemahan manusia mengurus.Namun kini,rata-rata 80% manusia mempunyai masalah kesihatan.
Bukankah Allah sendiri telah nyatakan di dalam alQur'an yang bermaksud "Aku turunkan Al Qur'an dan Aku turunkan bersama penawarnya'.Ini bermakna,apa yang ada di bumi adalah penawar.Mengapa manusia mssih mahu berpaling dari tumbuhan alam ciptaanNya sedangkan di situ letaknya penawar dan bukan ubatan moden ciptaan manusia dari bahan beracun.Inilah yang disebut dalam firmanNya yang bermaksud"Segala kerosakan yang berlaku di mukia bumi berpunca dari tangan manusia sendiri kerana mereka berpaling dan tidak beriman kepada Allah SWT.
Kejadian kerosakan baik dari segi akhlak,ekonomi dan masyarakat semua berpunca dari makanan yang tidak sepatutnya masuk ke dalam tubuh.Imam Al-Ghazali ada menyebut 'anda apa yang anda makan atau YOU WHAT DO YOU EAT.Jadi,hari ini untuk kembali kepada jalan fitrah,kena gunakan bahan yang fitrah.Allah telah jadikan diri kita dalam keadaan fitrah bersih.Kita sendiri yang mengubah menjadi kotor akibat makan benda-benda yang kotor.Lihatlah pelbagai makanan hari ini yang menarik pada pandangan nafsu tetepi merosakkan kesihatan rohani,fizikal dan ekonomi.Berapa ramai pesakit buah pinggang yang telah didialisis dengan mengguna duit dari Pusat Zakat yang sepatut diguna untuk tujuan yang lebih bermanfaat untuk ummah sejagat.
Pusat Dialisis bagai cendawan tumbuh menandakan buah pinggang sukar untuk bekerja kerana racun yang terlalu berat.Kembalilah kepada Allah.Gunalah penawar yang telah dikurniakan.Agar kehidupan kita selamat di dunia dan di akhirat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar