Senin, 22 Agustus 2011

PENAWAR SEGALA PENYAKIT

Manusia yang dilahirkan ke dunia hampir 99% sihat wal'afiat cukup dengan sifat yang Allah sebut sebaik-baik kejadian sehingga manusia dilantik untuk mentadbir bumi.Hanya 1% adalah ujian yang datang dari kesilapan manusia,samada dari segi pengambilan perubatan atau kelemahan manusia mengurus.Namun kini,rata-rata 80% manusia mempunyai masalah kesihatan.
Bukankah Allah sendiri telah nyatakan di dalam alQur'an yang bermaksud "Aku turunkan Al Qur'an dan Aku turunkan bersama penawarnya'.Ini bermakna,apa yang ada di bumi adalah penawar.Mengapa manusia mssih mahu berpaling dari tumbuhan alam ciptaanNya sedangkan di situ letaknya penawar dan bukan ubatan moden ciptaan manusia dari bahan beracun.Inilah yang disebut dalam firmanNya yang bermaksud"Segala kerosakan yang berlaku di mukia bumi berpunca dari tangan manusia sendiri kerana mereka berpaling dan tidak beriman kepada Allah SWT.
Kejadian kerosakan baik dari segi akhlak,ekonomi dan masyarakat semua berpunca dari makanan yang tidak sepatutnya masuk ke dalam tubuh.Imam Al-Ghazali ada menyebut 'anda apa yang anda makan atau YOU WHAT DO YOU EAT.Jadi,hari ini untuk kembali kepada jalan fitrah,kena gunakan bahan yang fitrah.Allah telah jadikan diri kita dalam keadaan fitrah bersih.Kita sendiri yang mengubah menjadi kotor akibat makan benda-benda yang kotor.Lihatlah pelbagai makanan hari ini yang menarik pada pandangan nafsu tetepi merosakkan kesihatan rohani,fizikal dan ekonomi.Berapa ramai pesakit buah pinggang yang telah didialisis dengan mengguna duit dari Pusat Zakat yang sepatut diguna untuk tujuan yang lebih bermanfaat untuk ummah sejagat.
Pusat Dialisis bagai cendawan tumbuh menandakan buah pinggang sukar untuk bekerja kerana racun yang terlalu berat.Kembalilah kepada Allah.Gunalah penawar yang telah dikurniakan.Agar kehidupan kita selamat di dunia dan di akhirat.

CLOROFYIL ALFALFA

Mengapa anda perlu mengetahui apa itu CLOROFIL ALFALFA?.Allah itu Maha Hebat.Lalu Ia ciptakan sesuatu yang hebat untuk manusia ciptaanNYA.Allah telah menciptakan bumi yang penuh dengan keajaiban tumbuhan bagi menempatkan seorang khalifah hebat untuk mentadbir bumi.Bukankah Allah telah berfirman yang maksudnya "Aku menciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baik kejadian".Justeru itu telah disiapkan segala keperluan untuk seorang yang bernama manusia dengan makanan dan minuman yang sesuai untuk kehidupan.Cuma manusia yang tidak mahu berfikir.Benarlah seperti deisebut dalam Surah Ar Rahman yang bermaksud"Ayat yang mana yang harus kamu dustakan"
Cloropyil merupakan tumbuhan alam yang luarbiasa ciptaan Allah SWT.Ia hanya tumbuh di kawasan panas .Ketinggian hanya sekitar 1 meter namun akarnya mencapai seratus meter ke dalam bumi bagi mencari galian dan nutrisi.Kajian para saintis mendapati bahawa molekul zarah Clorofyil hampir menyamai molekul darah orang yang sihat.Jadi,tidak hairanlah kini terbukti Cloropyil ALFALFA dapat dijadikan penawar pelbagai jenis penyakit.
Tugas asal Clorofyil adalah membersihkan darah dari kolestrol dan asid yang berlebihan di dalam badan.Ia bertindak sebagai pembersih semulajadi tanpa dadah yang merosakkan.Clorofyil juga bertindak sebagai agen yang menseimbangkan kadar asid dan alkali di dalam badan.Di samping itu,ia merupakan bahan aktif yang dapat memulihkan sel yang telah lemah dengan menyalurkan nutrisi,menjadikan molekul kasar kepada halus untuk lebih penyerapan.Ia juga bertindak sebagai tenaga segera kepada pesakit.InsyaAllah apabila diamalkan selalu,kita akan sihat sepanjang hayat.
Mineral dan nutrisinya yang lengkap sangat baik untuk setiap yang mempunyai darah.Khasiatnya empat kali ganda dari sayuran bayam.Dapat membantu mereka yang kekurangan darah,leukimia,anemia,insomania,darah tinggi atau rendah,k.manis,masalah rabun,katark ,darah pekat,batuk,asma,kekurangan vitamin dan pelbagai.

Minggu, 05 September 2010

JELAJAH EHSAN UMMAH

Pada tanggal 05/09/2010,sekali lagi Masjid Jamiul Hasanah Batu 10 dikunjungi oleh Badan Kebajikan PAS Selangor yang dipimpin oleh saudara sebagai wakil Pesuruhjaya PAS Selangor,Datuk Hassan Ali yang tidak dapat hadir kerana beliau kini berada di Pakistan untuk urusan bantuan.Terima kasih kepada kerajaan Selangor kerana perihatin nasib rakyat.
Ustaz Judi,merangkap pemangku Yang Dipertua yang memberi ucapan serba ringkas menyarankan agar ketua kampung dan wakil kerajaan negeri agar lebih perihatin dengan kebajikan anak qariah.Ini adalah amanah yang dipesan oleh Dato Hassan Ali agar pemimpin turun padang merasai degup jantung rakyat.Mengharung bersama perih getir dan lara rakyat yang tidak bernasib baik.Juga tidak ketinggalan kepada dato' sidang Batu 10 yang banyak membantu ahli qariah.Semoga anda semua ditempat dengan para syuhada dan solihin.Amin.
Buat semua warga dewan ulama,pemuda dan dewan muslimat baik yang hadir ataupun tidak,semoga sentiasa berganding bahu dalam menyemarakkan dakwah dan kebajikan dalam apa jua situasi agar rakyat berasa bertuah berada di bawah lembayung kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Selangor.Salam Ramadhan dan Selamat Menyambut AidilFitri.Maaf seandai ada terlanjur kata tersalah bicara.Moga Syawal ini menjadikan kita orang yang tunduk dan tawaddhuk kepada Allah SWT.Amin.

Selasa, 24 Agustus 2010

HABBATUS SAUDA' BOOSTER

Habbatussauda; merupakan bijirin hitam yang boleh merawat pelbagai jenis penyakit kecuali mati.Sabda Rasulullah s.a.w"Tetaplah kamu dengan habbatussauda' kerana dengannya mengandungi penawar kecuali maut.
Kajian di dunia mendapati ,habbatussauda merupakan agen anti bakteria yang paling tinggi nilainya.Ia boleh merawat bdan melawan bakteria yang paling jahat di dalam tubuh manusia.
Habbatussauda; Booster ialah minyak Habbatussauda yang telah dicampur cuka epal.Ia dikatakan dapat merawat masalah degupan jantung,asma',keletihan dan seabagai rawatan kecemasan.Habbatussauda' adalah salah satu campuran yang terdapat di dalam JUS QASEH.

Kamis, 19 Agustus 2010

Mengapa Rasul Berkahwin 11 dan Akhir kepada 4

Saya bukan seorang yang profesynal untuk membicarakan hal ini .Namun saya terpanggil dengan sikap segelintir masyarakat yang memperolok Sunnah apatah lagi dalam soal perkahwinan dalam konsep berpoligami.Saya mohon kepada yang lebih berpengetahuan agar membetulkan segala kesalahan saya dan secara tidak langsung ,membetulkan persepsi masyarakat terhadap poligami yang dipandang serong dek kerana perbuatan salahlaku segelintir umat yang menjadikan generasi baru terabai dan diabaikan.
Menyelusuri sirrah Rasul sebenarnya menjadikan kita lebih kagum dengan keunikan akhlaknya dan seterusnya menunjukkan kehebatan Islam itu sendiri di mata dunia.Renungkan bagaimana Allah mentarbiah rasul yang ketika itu berusia sekitar 25 tahun yang tertarik dengan jutawanita berusia 40an dek kerana akhlaknya.Setelah berkahwin,semua hartanya diserahkan kepada rasulullah untuk diurus demi kerana Allah.
Rasulullah tidak berkahwin lain ketika Sayyidatina Khadhijah masih hidup.Ini kerana dari Siti Khadhijah,telah dikurniakan 7 orang anak.Ini bermaksud,seorang muslim yang telah mempunyai anak,apatah lagi melebihi seorang,tidak sepatutnya berpoligami.
Layanan yang begitu santun dari Sayyidatina Khadhijah sudah cukup membuat rasul berasa damai berada di sampingnya terutama apabila turunnya wahyu kali pertama yang menyebabkan nabi begitu ketakutan.Lantas dipujuk oleh Siti Khadhijah dengan kata-kata yang indah.Apakah zaman ini,apabila si isteri tidak dapat memberikan layanan terbaik,maka sang suami mula berubah arah.Ingatlah ketika menjadi sepasang kekasih ,terlontar kata nan indah...andai lautan api,sanggup kurenangi,gunung dan lurah kan kudaki...tiada nasi...pasir ku jamah.Hebat.
Realitinya hanya kaum wanita yang terbeban dan menanggung segala derita lara.Sepakterajang,maki hamun,ugutan dan bermacam sumpah seranah yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar suami.Contohilah rasul dalam segenap hal,jika tidak boleh,janganlah ia dikata Sunnah dek kerana berpoligami dengan anak dara hanya kerana nafsu.
Setelah Siti Khadhijah wafat,barulah rasul berkahwin demi untuk mengangkat martabat para syuhada.Semua isteri poligaminya telah berumur 60-80an.Di mana fikiran anda di ketika itu.Sanggupkah anda sebagai seorang suami yang ingin berpoligami berbuat demikian,kalau adapun kerana harta bukan untuk menyelamatkan maruah seperti yang ditunjuk oleh Rasulullah.Beliau kemudian berkahwin dengan Sayyidatina Aisyah yang ketika itu dalam lingkungan 9 tahun lebih.Namun telah matang berbanding dengan usia remaja sekarang.Rasul mengahwini beliau atas arahan Allah.Umat Islam yang muslim pula berpoligami atas urusan apa.Sehinggakan ramai anak-anak terbiar tidak terdidik kerana sibuk melayan nafsu.Semua urusan pendidikan diserah kepada si isteri hingga mesyuarat PIBG para ibu lebih terkehadapan.Jangan nanti di akhirat terkejut kerana jalan senget sebelah.
Apabila turun perintah Allah agar rasul berpisah dan memilih hanya empat orang isteri sahaja dalam satu masa.Namun ada di antara lelaki muslim yang berpoligami empat,apabila dia tidak menyukai,lalu dilepas dan mencari ganti menjadi empat kembali.Namun,di mana nilai seorang perempuan yang seperti menukar baju sahaja layaknya.Berbanding isteri-isteri Rasul yang diberi ilmu yang cukup ketika bersama Rasulullah saw.Apatah lagi Siti Aisyah yang menjadi ibu kepada kaum muslimin yang menjadi rujukan ilmu.
Cuba anda renungkan.Semua apa yang rasul buat adalah dari perintah Allah demi mencari keredhaanNYA.

Selasa, 03 Agustus 2010

KENALILAH AHLI QARIAH ANDA

Baru-baru ini,Lembaga Zakat Selangor yelah menyampaikanbantuan kepada asnaf dan fakir miskin.Untuk pertengahan tahun ini,Lembaga Zakat Selangor mengeluarkan perbelanjaan defisit tunai lebih 145 juta untuk membantu fakir miskin.Dianggarkan kutipan tahun ini melebihi dari tahun lalu iaitu sebanyak 245 juta ringgit.
Keperihatinan pembayar zakat yang semakin meningkat,membolehkan banyak kerja-kerja kebajikan dapat dilakukan.Terima kaseh kepada pembayar zakat,semoga ALLAH melimpahruahkan rezeki anda untuk maslahat ummah.Setiap ringgit yang anda keluarkan akan dinilai oleh ALLAH tujuh kali ganda dan lebih lagi.Apatah lagi dalam keadaan Ramadhan yang hampir tiba,mereka yang tidak bernasib baik merasa gembira dengan keperihatinan pemimpin.
Terima kaseh kepada Menteri Besar Selangor ,Datuk Khalid Ibrahim kerana sanggup datang menyampaikan sumbangan kepada para asnaf di Daerah Kuala Selangor yang bertempat di masjid jamek Jamiul Hasanah,Batu 10,Tg.Karang.Budi tuan,hanya ALlah yang membalas dan mudah-mudahan Allah pelihara kerajaan Selangor di bawah pimpinan datuk agar ssejahtera mendapat redha Allah dan berlipatganda limpahan rezeki dari Allah jua.
Dalam meraikan mereka yang hadir,masih ada lagi warga yang tidak berkemampuan tertinggal dek kerana kesilapan dalam memilih asnaf yang benar2 dhaif.Menitis air mata mendengar rintihan,namun apakan daya dek kerana mereka adalah anak kariah Sekinchan.Ziarahilah rumah mereka untuk memastikan kelayakan agar tidak menjadi orang yang menzalimi hak orang lain.Wallahuaklam.

Senin, 02 Agustus 2010

FUNGSI GARAM DALAM KEHIDUPAN

Garam merupakan anugerah ALLAH yang tidak ternilai.Garam merupakan ibu lauk-pauk.Tanpa garam,walau mahal mana cara penyediaan makanan tersebut,tidak akan ada nikmatnya.
Namun hari ini,garam dikatakan punca segala penyakit yang bermula dengan darah tinggi.Cuba kita singkap kembali SUNNAH rasul yang sabdanya "BARANGSIAPA YANG MENJILAT GARAM SEBELUM DAN SESUDAH MAKAN,NESCAYA ALLAH AKAN MENGHILANGKAN PADANYA 70 PENYAKIT RAOHANI DAN JASMANI".Hadis ini tidak boleh diperatikai.Namun,terdapat pengamalSUNNAH ini yang mengalami strok.Di mana silapnya.
Sebenarnya sabda rasul itu merujuk kepada GARAM BUKIT atau GARAM GUNUNG HIMALAYA ciptaan ALLAH.Bukan garam yang ada sekarang yang diproses oleh orang yang menentang agama.Apatah lagi garam tersebut dicampur dengan bahan yang menjadikan ia peroi,berkilat dan tidak basah. \Garam diproses mengandungi 99% natrium klorid yang menyerang sel-sel di dalam badan punca kepada pelbagai penyakit.
Garam Gunung Himalaya mengandungi 84% mineral yang diperlukan oleh badan berbanding garam bukit yang sekitar 20%.Anda ingin sihat,pilihlah garam keperluan anda di rumah.Garam ini juga bertindak sebagai Pembasmi racun.Umum lebih mengetahui bahawa persekitaran kita di penuhi lambakan racun,baik padi,sayur dan ikan.Apabila direndam dengan garam tersebut akan mengurangkan kadar racun dan menambah kelazatan pada makanan.
Garam KRISTAL SOLE dari gunung tersebut dapat mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis.Berdasarkan kajian,garam ini apabila dimasukkan ke dalam freezer,ia tidak beku.Ini bermakna ia adalah bahan yang dapat merawat bahagian yang tersekat.Secara tidak langsung akan membaikpulih kesihatan tubuh badan.

MENGURUS KEPINTARAN ANAK.

Anak merupakan anugerah ALLAH.Mereka dikurnia pelbagai keistimewaan yang tidak terjangkau oleh akal manusia.Kepintaran ini terbina sejak di rahim ibu di mana Islam mensyarankan membaca surah tertentu seperti surah Yusuf untuk anak cantik sihat,surah ,Maryam untuk kekuatan iman dan surah Lokman untuk keperibadian mulia.Di samping surah lain yang terus diamalkan.
Namun begitu,kita tidaklah boleh mengharap ini sudah mencukupi bagi anak melayari gelombang kehidupan.Cara pendidikan anak zaman dahulu dan sekarang juga berbeza di mana anak sekarang lebih agresif.Pendekatan secara psykologi dan kerohanian lebih mudah berbanding kekerasan.
Pendidikan kerohanian lebih kepada cara pemakanan yang halal lagi baik seperti yang ALLAH seru dalam Suratul Baqarah ayat 168.Wahai manusia,makanlah apa yang dikurnia Allah di muka bumi ini yang halal lagi baik.Dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan,kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.Disebut juga dalam satu pepatah Arab,Aku adalah apa yang aku makan.Ini bermaksud makanan itu akan mencanai keperibadian seseorang.Lagi perihatin seseorang itu tentang makanan yang halal,lagi baiklah akhlaknya.InsyaALLAH.
Persekitaran tidak banyak dapat mengubah halatuju anak pintar apabila makanan yang dimakan dibuat dari tangan yang mengucap dua kalimah syahadah.Lihatlah contoh yang ALLAH tamsilkan pada ikan yang hidup di air yang masin.Tidak masin dek persekitaran yang masin.Namun apabila mati, ia akan masin apabila diletakkan garam dari tempat yang sama.Begitulah anak-anak yang diasuh dari kecil tentang persekitaran dan makanan yang baik serta didikan agama yang asas yang semuanya bermula di rumah yang mendirikan agama.

Minggu, 01 Agustus 2010

TIP UNTUK ANAK PINTAR SOLEH.

Kita sering terlupa bahawa sebenarnya anak yang lahir itu suci dan pintar.Cuba anda amati bayi yang baru lahir.Siapa yang mengajarnya menangis,buang air kecil dan besar,menyusu,meniarap,merangkak,bertatih,berjalan dan pelbagai.Ini menunjukkan anak yang lahir itu telah hebat kerana ALLAH MAHA HEBAT.Lalu ALLAH perintahkan pula agar menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu.Bukan dengan susu lembu.Mengapa 2 tahun.Menurut kajian,anak yang disusukan selama tempoh tersebut mempunyai kehebatan dari segi spiritual dan jasmani.Jika tidak mampu,amalkan secara ganjil penyusuan seperti 7 bulan,11 bulan ,yang penting ganjil.Memang sukar tapi boleh.Hendak seribu usaha.

Saya ketika di wad bersalin satu ketika dulu tidak menyediakan susu lembu untuk bayi yang bakal dilahirkan tetapi membekalkan madu apabila bayi lapar.Pelik!!!!!.Itulah kenyataan dan itulah hasil yang menjadikan pengharapan yang baik untuk anak-anak.Apatah lagi bagi seorang yang bernama ibu kena sentiasa melihat anaknya hebat dan mendoakan anak dalam posisi tersendiri mengikut kriteria anak.Percakapan ibu adalah mujarab kerana tiada pendinding antaranya dengan ALLAH.
Alangkah hebatnya andai anda sebagai ibu dapat mentahnik anak yang dilahir dengan madu atau jus kurma yang berkhasiat tinggi.Simboliknya agar anak mempunyai akhlak yang baik,pintar dan manis percakapan semanis madu yang menjadi penawar.Bukan air gula yang memudaratkan kesihatan dan kelakuan.
Kembalilah kepada keredhaan ALLAH.ALLAH MAHA LUAS pengampunanNYA.ALLAH tidak mengharap balasan dan tidak pernah kurang sifat RAHMANNYA.