Selasa, 03 Agustus 2010

KENALILAH AHLI QARIAH ANDA

Baru-baru ini,Lembaga Zakat Selangor yelah menyampaikanbantuan kepada asnaf dan fakir miskin.Untuk pertengahan tahun ini,Lembaga Zakat Selangor mengeluarkan perbelanjaan defisit tunai lebih 145 juta untuk membantu fakir miskin.Dianggarkan kutipan tahun ini melebihi dari tahun lalu iaitu sebanyak 245 juta ringgit.
Keperihatinan pembayar zakat yang semakin meningkat,membolehkan banyak kerja-kerja kebajikan dapat dilakukan.Terima kaseh kepada pembayar zakat,semoga ALLAH melimpahruahkan rezeki anda untuk maslahat ummah.Setiap ringgit yang anda keluarkan akan dinilai oleh ALLAH tujuh kali ganda dan lebih lagi.Apatah lagi dalam keadaan Ramadhan yang hampir tiba,mereka yang tidak bernasib baik merasa gembira dengan keperihatinan pemimpin.
Terima kaseh kepada Menteri Besar Selangor ,Datuk Khalid Ibrahim kerana sanggup datang menyampaikan sumbangan kepada para asnaf di Daerah Kuala Selangor yang bertempat di masjid jamek Jamiul Hasanah,Batu 10,Tg.Karang.Budi tuan,hanya ALlah yang membalas dan mudah-mudahan Allah pelihara kerajaan Selangor di bawah pimpinan datuk agar ssejahtera mendapat redha Allah dan berlipatganda limpahan rezeki dari Allah jua.
Dalam meraikan mereka yang hadir,masih ada lagi warga yang tidak berkemampuan tertinggal dek kerana kesilapan dalam memilih asnaf yang benar2 dhaif.Menitis air mata mendengar rintihan,namun apakan daya dek kerana mereka adalah anak kariah Sekinchan.Ziarahilah rumah mereka untuk memastikan kelayakan agar tidak menjadi orang yang menzalimi hak orang lain.Wallahuaklam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar