Minggu, 01 Agustus 2010

TIP UNTUK ANAK PINTAR SOLEH.

Kita sering terlupa bahawa sebenarnya anak yang lahir itu suci dan pintar.Cuba anda amati bayi yang baru lahir.Siapa yang mengajarnya menangis,buang air kecil dan besar,menyusu,meniarap,merangkak,bertatih,berjalan dan pelbagai.Ini menunjukkan anak yang lahir itu telah hebat kerana ALLAH MAHA HEBAT.Lalu ALLAH perintahkan pula agar menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu.Bukan dengan susu lembu.Mengapa 2 tahun.Menurut kajian,anak yang disusukan selama tempoh tersebut mempunyai kehebatan dari segi spiritual dan jasmani.Jika tidak mampu,amalkan secara ganjil penyusuan seperti 7 bulan,11 bulan ,yang penting ganjil.Memang sukar tapi boleh.Hendak seribu usaha.

Saya ketika di wad bersalin satu ketika dulu tidak menyediakan susu lembu untuk bayi yang bakal dilahirkan tetapi membekalkan madu apabila bayi lapar.Pelik!!!!!.Itulah kenyataan dan itulah hasil yang menjadikan pengharapan yang baik untuk anak-anak.Apatah lagi bagi seorang yang bernama ibu kena sentiasa melihat anaknya hebat dan mendoakan anak dalam posisi tersendiri mengikut kriteria anak.Percakapan ibu adalah mujarab kerana tiada pendinding antaranya dengan ALLAH.
Alangkah hebatnya andai anda sebagai ibu dapat mentahnik anak yang dilahir dengan madu atau jus kurma yang berkhasiat tinggi.Simboliknya agar anak mempunyai akhlak yang baik,pintar dan manis percakapan semanis madu yang menjadi penawar.Bukan air gula yang memudaratkan kesihatan dan kelakuan.
Kembalilah kepada keredhaan ALLAH.ALLAH MAHA LUAS pengampunanNYA.ALLAH tidak mengharap balasan dan tidak pernah kurang sifat RAHMANNYA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar