Senin, 02 Agustus 2010

MENGURUS KEPINTARAN ANAK.

Anak merupakan anugerah ALLAH.Mereka dikurnia pelbagai keistimewaan yang tidak terjangkau oleh akal manusia.Kepintaran ini terbina sejak di rahim ibu di mana Islam mensyarankan membaca surah tertentu seperti surah Yusuf untuk anak cantik sihat,surah ,Maryam untuk kekuatan iman dan surah Lokman untuk keperibadian mulia.Di samping surah lain yang terus diamalkan.
Namun begitu,kita tidaklah boleh mengharap ini sudah mencukupi bagi anak melayari gelombang kehidupan.Cara pendidikan anak zaman dahulu dan sekarang juga berbeza di mana anak sekarang lebih agresif.Pendekatan secara psykologi dan kerohanian lebih mudah berbanding kekerasan.
Pendidikan kerohanian lebih kepada cara pemakanan yang halal lagi baik seperti yang ALLAH seru dalam Suratul Baqarah ayat 168.Wahai manusia,makanlah apa yang dikurnia Allah di muka bumi ini yang halal lagi baik.Dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan,kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.Disebut juga dalam satu pepatah Arab,Aku adalah apa yang aku makan.Ini bermaksud makanan itu akan mencanai keperibadian seseorang.Lagi perihatin seseorang itu tentang makanan yang halal,lagi baiklah akhlaknya.InsyaALLAH.
Persekitaran tidak banyak dapat mengubah halatuju anak pintar apabila makanan yang dimakan dibuat dari tangan yang mengucap dua kalimah syahadah.Lihatlah contoh yang ALLAH tamsilkan pada ikan yang hidup di air yang masin.Tidak masin dek persekitaran yang masin.Namun apabila mati, ia akan masin apabila diletakkan garam dari tempat yang sama.Begitulah anak-anak yang diasuh dari kecil tentang persekitaran dan makanan yang baik serta didikan agama yang asas yang semuanya bermula di rumah yang mendirikan agama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar