Kamis, 19 Agustus 2010

Mengapa Rasul Berkahwin 11 dan Akhir kepada 4

Saya bukan seorang yang profesynal untuk membicarakan hal ini .Namun saya terpanggil dengan sikap segelintir masyarakat yang memperolok Sunnah apatah lagi dalam soal perkahwinan dalam konsep berpoligami.Saya mohon kepada yang lebih berpengetahuan agar membetulkan segala kesalahan saya dan secara tidak langsung ,membetulkan persepsi masyarakat terhadap poligami yang dipandang serong dek kerana perbuatan salahlaku segelintir umat yang menjadikan generasi baru terabai dan diabaikan.
Menyelusuri sirrah Rasul sebenarnya menjadikan kita lebih kagum dengan keunikan akhlaknya dan seterusnya menunjukkan kehebatan Islam itu sendiri di mata dunia.Renungkan bagaimana Allah mentarbiah rasul yang ketika itu berusia sekitar 25 tahun yang tertarik dengan jutawanita berusia 40an dek kerana akhlaknya.Setelah berkahwin,semua hartanya diserahkan kepada rasulullah untuk diurus demi kerana Allah.
Rasulullah tidak berkahwin lain ketika Sayyidatina Khadhijah masih hidup.Ini kerana dari Siti Khadhijah,telah dikurniakan 7 orang anak.Ini bermaksud,seorang muslim yang telah mempunyai anak,apatah lagi melebihi seorang,tidak sepatutnya berpoligami.
Layanan yang begitu santun dari Sayyidatina Khadhijah sudah cukup membuat rasul berasa damai berada di sampingnya terutama apabila turunnya wahyu kali pertama yang menyebabkan nabi begitu ketakutan.Lantas dipujuk oleh Siti Khadhijah dengan kata-kata yang indah.Apakah zaman ini,apabila si isteri tidak dapat memberikan layanan terbaik,maka sang suami mula berubah arah.Ingatlah ketika menjadi sepasang kekasih ,terlontar kata nan indah...andai lautan api,sanggup kurenangi,gunung dan lurah kan kudaki...tiada nasi...pasir ku jamah.Hebat.
Realitinya hanya kaum wanita yang terbeban dan menanggung segala derita lara.Sepakterajang,maki hamun,ugutan dan bermacam sumpah seranah yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar suami.Contohilah rasul dalam segenap hal,jika tidak boleh,janganlah ia dikata Sunnah dek kerana berpoligami dengan anak dara hanya kerana nafsu.
Setelah Siti Khadhijah wafat,barulah rasul berkahwin demi untuk mengangkat martabat para syuhada.Semua isteri poligaminya telah berumur 60-80an.Di mana fikiran anda di ketika itu.Sanggupkah anda sebagai seorang suami yang ingin berpoligami berbuat demikian,kalau adapun kerana harta bukan untuk menyelamatkan maruah seperti yang ditunjuk oleh Rasulullah.Beliau kemudian berkahwin dengan Sayyidatina Aisyah yang ketika itu dalam lingkungan 9 tahun lebih.Namun telah matang berbanding dengan usia remaja sekarang.Rasul mengahwini beliau atas arahan Allah.Umat Islam yang muslim pula berpoligami atas urusan apa.Sehinggakan ramai anak-anak terbiar tidak terdidik kerana sibuk melayan nafsu.Semua urusan pendidikan diserah kepada si isteri hingga mesyuarat PIBG para ibu lebih terkehadapan.Jangan nanti di akhirat terkejut kerana jalan senget sebelah.
Apabila turun perintah Allah agar rasul berpisah dan memilih hanya empat orang isteri sahaja dalam satu masa.Namun ada di antara lelaki muslim yang berpoligami empat,apabila dia tidak menyukai,lalu dilepas dan mencari ganti menjadi empat kembali.Namun,di mana nilai seorang perempuan yang seperti menukar baju sahaja layaknya.Berbanding isteri-isteri Rasul yang diberi ilmu yang cukup ketika bersama Rasulullah saw.Apatah lagi Siti Aisyah yang menjadi ibu kepada kaum muslimin yang menjadi rujukan ilmu.
Cuba anda renungkan.Semua apa yang rasul buat adalah dari perintah Allah demi mencari keredhaanNYA.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar